Urusan perniagaan dalam talian

Berurusniaga secara dalam talian sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kebanyakan rakyat Malaysia, namun masih ada yang tidak yakin atau pasti bagaimana untuk berurusniaga jika ia melibatkan transaksi antarabangsa.

Adakah kad kredit atau kad debit selamat diguna? Adakah kaedah lain yang lebih selamat? Bagaimana menggunakannya? Sebahagian daripada persoalan ini akan terjawab dalam artikel saya dalam Utusan Malaysia hari ini.


Bagaimana pula kalau hendak berniaga dan menjual sesuatu melalui Internet? Sebenarnya banyak cara yang boleh diguna dan artikel saya itu cuba membicarakan tentang kaedah yang paling mudah dan murah untuk seseorang usahawan bermula.

Jika anda sudah membaca artikel tersebut dan mempunyai pendapat atau persoalan tertentu, marilah bincangkannya di sini atau menerusi Facebook page saya.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang berminat untuk terlibat dalam keusahawanan online.
Powered by Blogger.