Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Saturday 18 February 2012

Facebook sebagai medium pemasaran


Ikuti videoblog pertama saya di laman Video Utusan Online. Dalam video ini, saya berkongsi  kenapa anda perlu gunakan facebook untuk memajukan perniagaan.



Saya bercakap tentang 5 perkara asas yang penting iaitu:
  1. Apa yang dimaksudkan dengan facebook sebagai salah satu media sosial
  2. Kenapa media sosial baik untuk perniagaan
  3. Bagaimana untuk bermula
  4. Apa yang patut anda buat
  5. Apa yang tak patut anda buat

Sesudah menonton video ini akan dapat idea bagaimana untuk mula mempromosikan perniagaan secara berhemah di dalam Facebook, dan jika anda sememangnya sudahpun 
guna Facebook sebelum ini, maka anda akan tahu bagaimana untuk jadikannya lebih baik.

Monday 13 February 2012

Promosi perniagaan melalui Facebook

Facebook adalah satu medium yang sangat baik untuk mempromosikan apa jua perniagaan yang kita jalankan. Tetapi persoalannya: berapa ramai yang tahu menggunakan laman media sosial itu dengan betul untuk tujuan perniagaan?

Artikel saya di dalam Utusan Malaysia hari ini  mungkin dapat membuka mata sebahagian dari usahawan yang mungkin belum atau sudah memulakan langkah mereka di Facebook.

Atau mungkin anda masih tergolong dalam kelompok yang menggunakan Facebook untuk bermain game atau bersosial semata-mata? Kesian...

Jika anda sudah membaca artikel tersebut, mungkin anda punyai pandangan sendiri tentang soal ini , atau mungkin juga timbul persoalan-persoalan tertentu dalam fikiran.

Gunakan ruangan komen di bawah untuk membicarakan hal ini.

Juga dalam lupa membaca tips-tips meramaikan peminat page Facebook.

Bagaimana kerjaya kewartawanan saya bermula

Sempena dengan sambutan Hari Wartawan Malaysia pada 29 Mei (yang bersempena tarikh tertubuhnya Utusan Melayu), izinkan saya berkongsi kisah ...